JAWATAN KOSONG PEMBANTU PENILAIAN GRED W19 SABAH 2023


Jawatan Kosong KERAJAAN Sabah Dibuka Permohonan 2023 Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong Seperti berikut:


JABATAN:
-JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH

JAWATAN:
PEMBANTU PENILAIAN GRED W19
Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : TIGA (3) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Jadual Gaji : GRED W19:RM1,353.00 – RM4,005.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00
Tarikh Tutup: 18/01/2023



SYARAT LANTIKAN:
(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).
dan 
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SKOP DISKRIPSI TUGAS:

(i) Bertanggungjawab menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.

PERMOHONAN Iklan Kekosongan


Join Telegram info,pekerjaan,bantuan dan banyak lagi..

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

-Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

-Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

-Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

-Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

-Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menanggap pemohonan mereka tidak berjaya.


Semoga Berjaya!!


Sumber: espans Sabah / Kerajaan Sabah / infokerjasabah.com

Post a Comment

0 Comments