JAWATAN KOSONG PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29 SABAH 2023


Jawatan Kosong KERAJAAN Sabah Dibuka Permohonan 2023 Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong Seperti berikut:


JABATAN:
-JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH

JAWATAN:
PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29
Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : DUA (2) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Jadual Gaji : GRED E29:RM1,493.00 – RM5,672.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00
Tarikh Tutup: 18/01/2023



SYARAT LANTIKAN:
(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM:1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00); atau

(iii) Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00); atau

(iv) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,770.95)
dan 
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SKOP DISKRIPSI TUGAS:

(i) Bertanggungjawab melaksana, memantau, melapor urusan operasi aktiviti-aktiviti dan program pembangunan pemasaran, pembangunan tani dan tanaman integrasi, pengawalan kualiti dan keselamatan, pengurusan stor, perdagangan domestik dan eksport, pemprosesan dan pembangunan produk, penguatkuasaan undang-undang, menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan, merancang peruntukan kewangan dan menyediakan laporan aktiviti yang berkaitan.

PERMOHONAN Iklan Kekosongan


Join Telegram info,pekerjaan,bantuan dan banyak lagi..

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

-Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

-Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

-Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

-Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

-Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menanggap pemohonan mereka tidak berjaya.


Semoga Berjaya!!


Sumber: espans Sabah / Kerajaan Sabah / infokerjasabah.com

Post a Comment

0 Comments