JAWATAN KOSONG PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 SABAH 2023


Jawatan Kosong KERAJAAN Sabah Dibuka Permohonan 2023 Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong Seperti berikut:


JABATAN:
-JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH

JAWATAN:
PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : SATU (1) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Jadual Gaji : GRED KP11:RM1,205.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00
Tarikh Tutup: 18/01/2023

JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI SABAH 2023


SYARAT LANTIKAN:

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurangkurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00). dan 

(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
dan 
(c) Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1(a)(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SKOP DISKRIPSI TUGAS:

(i) Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

PERMOHONAN Iklan Kekosongan


Join Telegram info,pekerjaan,bantuan dan banyak lagi..

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

-Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

-Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

-Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

-Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

-Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menanggap pemohonan mereka tidak berjaya.


Semoga Berjaya!!


Sumber: espans Sabah / Kerajaan Sabah / infokerjasabah.com

Post a Comment

0 Comments