JAWATAN KOSONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41 SABAH 2022


Jawatan Kosong KERAJAAN Sabah Dibuka Permohonan 2023 Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong Seperti berikut:


JABATAN:
-JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH

JAWATAN:
PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41
Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : SATU (1) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Jadual Gaji : GRED E41: RM2,083.00 – RM9,549.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Tarikh Tutup: 18/01/2023



SYARAT LANTIKAN/KELAYAKAN:
(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,083.00); atau

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,286.57); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,490.99); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau

(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau

(v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,899.83); atau

(vi) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM3,002.03). [Senarai badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(c)(v) dan 1(c)(vi) adalah seperti di Lampiran B3A].
dan 
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SKOP DISKRIPSI TUGAS:

-Bertanggungjawab menjalankan perancangan pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Mengawal selia dana-dana yang diperuntukkan, mengurus tadbir agensi/ cawangan, mewakili agensi dalam jawatankuasa/ pertubuhan berkaitan industri peringkat negeri/ negara. Memastikan peraturan-peraturan kerajaan berkaitan perkhidmatan, perolehan, perjawatan, kemudahan dan sebagainya dilaksana dan dipatuhi. Menyediakan laporan prestasi agensi kepada Ahli Lembaga dan stakeholders berkenaan. Turut bertanggungjawab merancang dan melakukan pemeriksaan/ siasatan berkala/ khas ke atas syarikat/ pegawai-pegawai syarikat, menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan-aduan yang diterima.

PERMOHONAN Iklan Kekosongan


Join Telegram info,pekerjaan,bantuan dan banyak lagi..

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

-Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

-Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

-Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

-Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

-Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menanggap pemohonan mereka tidak berjaya.


Semoga Berjaya!!


Sumber: espans Sabah / Kerajaan Sabah / infokerjasabah.com

Post a Comment

0 Comments