Jawatan Kosong KERAJAAN Sabah Dibuka Permohonan 2023 Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong Seperti berikut:
SKOP DISKRIPSI TUGAS:
(i) Bertanggungjawab melaksana, memantau, melapor urusan operasi aktiviti-aktiviti dan program pembangunan pemasaran, pembangunan tani dan tanaman integrasi, pengawalan kualiti dan keselamatan, pengurusan stor, perdagangan domestik dan eksport, pemprosesan dan pembangunan produk, penguatkuasaan undang-undang, menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan, merancang peruntukan kewangan dan menyediakan laporan aktiviti yang berkaitan.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:
-Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php
-Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
-Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
-Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.
-Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menanggap pemohonan mereka tidak berjaya.
Semoga Berjaya!!
Sumber: espans Sabah / Kerajaan Sabah / infokerjasabah.com
0 Comments