IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG PERBADANAN LABUAN

 

Berikut merupakan Iklan kekosongan Perbadanan Labuan

IKLAN KEKOSONGAN

1. Penolong Pegawai N29

IKLAN JAWATAN

BORANG PERMOHONAN

2. Tadbir Penolong Jurutera JA29

IKLAN JAWATAN

BORANG PERMOHONAN


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat Bawah Blok A, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan Borang Permohonan Jawatan melalui Laman Web: www.pl.gov.my

2. Pastikan borang permohonan yang lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen berikut:
   a. Sekeping gambar (ukuran passport) terkini (WAJIB).
   b. Salinan kad pengenalan (WAJIB).
   c. Sijil lahir pemohon (pemohon dan ibubapa) (WAJIB).
   d. Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik (WAJIB) (PT3/PMR/SPM/DIPLOMA/IJAZAH).
   e. Sijil berhenti sekolah.
   f. Sijil kegiatan luar dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. (Semua salinan dokumen yang dinyatakan perlu disahkan dari salinan asal oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas atau pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan untuk sijil-sijil berkaitan).

3. Pemohon hendaklah bebas daripada apa-apa rekod jenayah, tidak menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya serta tiada masalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi kerja.

4. Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di atas, atau tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, akan ditolak.

5. Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan sesi temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan.

Syarat-Syarat Permohonan:

Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan dan tarikh tutup boleh didapati di Laman Web www.pl.gov.my atau dengan menghadiri Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat Bawah Blok A, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan.

Alamat Penghantaran Permohonan:

Ketua Pegawai Eksekutif
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Wisma Perbadanan Labuan
Tingkat Bawah Blok A
87022 Wilayah Persekutuan Labuan

No. Talian Perhubungan: 087 - 581817, 581815, 581816


Catatan:

1. Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk sesi temu duga.
2. Permohonan yang tidak menerima panggilan untuk sesi temuduga selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup dianggap tidak berjaya.
3. Jika pemohon yang dijemput hadir temuduga tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh temuduga diadakan, permohonan mereka dianggap tidak berjaya.
4. Perbadanan Labuan berhak untuk melanjutkan tempoh validasi borang permohonan sehingga tarikh yang ditetapkan.

Ini adalah peluang untuk bergabung dengan Perbadanan Labuan dan menyumbang kepada pembangunan wilayah ini. Pastikan semua dokumen dan maklumat yang diperlukan dikemukakan dengan betul. Jangan lepaskan peluang ini jika anda memenuhi kriteria yang dinyatakan.

Semoga Berjaya!!


Sumber: www.pl.gov.my  / infokerjasabah.com


Post a Comment

0 Comments