Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia sehingga RM2,500 - Bajet 2023

   Keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 layak menerima bantuan tunai dengan jumlah bergantung kepada saiz keluarga. Foto Berita RTM 


Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, hari ini mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan terus ditambah baik.


Antarannya, keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 layak menerima bantuan tunai dengan jumlah bergantung kepada saiz keluarga.


-Lebih daripada lima kanak-kanak: RM2,500.

-Seorang hingga empat kanak-kanak: RM1,000 hingga RM2,000.

-Warga emas bujang: Sama ada RM350 atau RM600.


Mereka yang berada dalam senarai e-Kasih pula akan menerima subsidi elektrik sebanyak RM40.


“Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terima BKM masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan.


“Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.


“Bagi isi rumah sehingga empat anak, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000,” katanya pada pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.


Kemas Kini Maklumat BKM 2022 dibuka secara dalam talian atau manual di cawangan LHDNM berdekatan. 10 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022

-https://bkm.hasil.gov.my/


Sumber: Tengku Zafrul / Malaysiakini / Berita RTM


Post a Comment

0 Comments