Reels Facebook, Pengguna Boleh Jana Wang Melaluinya Buka kunci kreativiti

Sumber Image credit: Facebook.com

Sebelum ini, klon TikTok iaitu Reels di Instagram mula diperkenalkan pada pengguna di Malaysia sekitar bulan Mac, 2021. Ciri itu menawarkan pengguna keupayaan untuk mencipta, menemui dan berkongsi video pendek yang disunting dengan audio dan muzik. Kini nampaknya, ciri itu dilancarkan pada platform Facebook pula.


Sumber Image credit: Facebook.com


Facebook telah bereksperimen dengan menempatkan Reels di Feeds Facebook. Dengan pelancaran terbaru, Reels akan tersedia sebagai ciri sendiri (standalone) di Facebook untuk lebih daripada 150 negara.


Facebook juga akan kembangkan Reels kepada lebih banyak bahagian dalam aplikasinya. Selain meletakkan Reels di bahagian Feeds, Facebook juga akan membenarkan pengguna berkongsi Reels di dalam Stories. Bukan itu sahaja, Facebook Watch dan Groups juga akan memparkan kandungan Reels. Boleh dikatakan, Reels akan ada di semua bahagian dalam Facebook. Dalam masa yang sama, Facebook akan mula menguji Suggested Reels dalam Feeds untuk sesetengah pengguna.



Di samping itu, untuk terus memberi insentif kepada pencipta Reels, Facebook akan menyediakan ciri untuk pengguna menjana wang (monetization) kepada lebih ramai orang. Antara ciri monetization yang ada sekarang ialah iklan banner dan iklan pelekat. Malah, Facebook kini rancang untuk mula menguji Stars. Melaluinya peminat boleh beli Stars tersebut untuk dihadiahkan kepada pencipta Reels.


Rancangan Facebook ini kelihatan seperti ciri hadiah di Live Tiktok. Penonton boleh beli hadiah atau syiling Tiktok dengan harga yang ditetapkan untuk dihadiahkan kepada pemilik Live



Anda sudah cuba gunakan Facebook Reels? Saya sudah jumpa dan gunakannya di aplikasi Facebook di Android dan iOS, tapi saya tidak jumpa ciri ini apabila saya akses Facebook melalui komputer.


Kedua-dua Reels di Facebook dan Instagram mempunyai alat suntingan yang sama, contohnya kebolehan menambah muzik, melaraskan kelajuan, green screen dan menambah kesan pada visual. Namun bezanya, tempoh panjang sesebuah Reels di Facebook ialah 30 saat sahaja, manakala di Instagram pula sehingga 60 saat.



Mungkin kerana ia masih baru, maka tidak banyak yang menarik di Reels Facebook. Tetapi syarikat tersebut mengatakan bahawa mereka sedang mengusahakan ciri tambahan seperti keupayaan untuk menyimpan siaran sebagai draf.


Buka kunci kreativiti anda menggunakan Reels di Facebook - Reels Facebook


Sumber: bm.soyacincau.comEngadget / Facebook.com

Post a Comment

0 Comments