Semakan Saman JPJ Online & Diskaun 80% Pembayaran Saman Dan Banyak Lagi Atas Talian

 

Foto JPJ Malaysia

Cara Semakan Saman JPJ Dan Bayar Online Melalui Portal MySikap


Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.


Foto JPJ Malaysia

Bagi yang malas nak bersesak di kaunter, di sini kami kongsikan cara buat semakan saman dan pembayaran melalui Portal MySikap JPJ secara online.


NOTA: Pembayaran juga boleh dibuat di booth JPJ di KLCC, kaunter pejabat JPJ seluruh Malaysia, kiosk dan Portal JPJ.


Cara Check Saman JPJ Online & Buat Pembayaran Online Di Portal MySikap

Berikut adalah langkap membuat semakan saman online melalui portal MySikap JPJ.


LANGKAH 1

Sila ke pautan public.jpj.gov.my ATAU https://www.jpj.gov.my/

Daftar dan log masuk ke Portal JPJ MySikap.

Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna, Sila ikut langkah-langkah pendaftaran baru.Atau 

rujuk cara pendaftaran dan login kali pertama di panduan berikut: MySikap JPJ Login & Pendaftaran Online (Kredit Sumber ecentral)


LANGKAH 2

Setelah berjaya login, klik Kesalahan & Penalti.


LANGKAH 3

Pilih Jenis Semakan untuk melihat jenis saman.


LANGKAH 4

Klik Pembayaran Saman sekiranya terdapat saman.


LANGKAH 5

Buat pembayaran atas talian menerusi kaedah yang disediakan.

Akhir sekali cetak slip sebagai bukti simpanan.

Selesai!

Mudah kan?


Tentang Portal MySikap JPJ

Portal MySikap JPJ adalah sebuah platform atas talian yang me

Melalui portal ini, kita boleh membuat semakan saman, renew lesen JPJ online dan melakukan banyak lagi transaksi secara dalam talian untuk urusan melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.


Antara transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal MySIKAP adalah seperti berikut:

SENARAI URUSAN MELALUI ID PORTAL ORANG AWAM mySIKAP


KENDERAAN

1. Permohonan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)

2. Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)

3. Permohonan PEK Maklumat Kenderaan

4. Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan

5. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)

6. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu)

7. Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)

8. Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini


LESEN MEMANDU

1.Permohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP)

2. Permohonan Cabutan dan Pengesahan Lesen Memandu (LMM)

3. Permohonan Salinan Lesen Memandu Malaysia (LMM)

4. Permohonan Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)

5. Permohonan Lesen Memandu Malaysia (LMM)

6. Rayuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tamat tempoh

7. Semakan Pertukaran Lesen Memandu

8. Semakan Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1/ Vokasional/ Praktikal

9. Semakan Tarikh Ujian di Institut Memandu / Sekolah Memandu

10. Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Malaysia

11. Semakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara

12. Semakan Tempoh Permit Institut Memandu / Sekolah Memandu


KESALAHAN & PENALTI

1. Bayaran Saman JPJ

2. Pertanyaan Senarai Hitam

3. Pertanyaan Saman / Notis

4. Pertanyaan Tempoh Lesen Digantung / Batal

5. Pertanyaan Mata Demerit


KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

1. Permohonan Status Kenderaan Vintaj / Klasik

2. Permohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan

2. Permohonan Cop Semula No.Casis

3. Permohonan Cop Semula No. Enjin

4. Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah (Beacon Light)

5. Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan


Maklumat lanjut, sila rujuk


Sumber: ecentral / JPJ Malaysia

Post a Comment

0 Comments