3.6 Juta Penerima BPR digesa segera tebus baucar PTV RM50 - Kerajaan

Penerima boleh ke mana-mana cawangan syarikat insurans, pengendali takaful, ejen atau pengedar Perlindungan Tenang yang sah untuk menyemak kelayakan serta membeli atau menyertai produk yang diinginkan

Program Baucar Perlindungan Tenang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah. Melalui program ini, baucar RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Di bawah fasa pertama, baucar bantuan kewangan RM50 akan ditawarkan kepada 3.6 juta penerima di bawah kategori isi rumah, untuk pembelian atau penyertaan pelan Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen yang mengambil bahagian. Inisiatif program baucar ini akan dibuka kepada penerima BPR kategori-kategori lain yang akan diumumkan oleh Kerajaan kelak.

Sila layari laman sesawang www.myptv.my untuk menyemak kelayakan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV)


Baca..Cara Daftar BigPay e-Wallet: Jemput Rakan Dan Terima Komisen Sehingga RM1,000+ - AirAsia


Terma & Syarat Baucar Perlindungan Tenang

-Layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

-Penerima yang layak hanya boleh menggunakan baucar untuk pembelian satu polisi/sijil (setiap hayat), walaupun premium/caruman kurang daripada RM50 (tiada polisi/sijil berbilang).

-Penggunaan sekali sahaja (pembatalan dan penggunaan semula HANYA dibenarkan semasa tempoh yang di tetapkan percuma/ONLY allowed during free-look period).

-Pulangan tunai atau bayaran balik tunai tidak dibenarkan.


Senarai Produk Perlindungan Tenang

Foto MyCoverage

CARA-CARA MEMBUAT TUNTUTAN PTV RM50

Plan insuran dan takaful yang boleh melindungi anada daripada;

-Kematian

-Kemalangan

-Kerosakan Harta Benda


Terdapat 2 cara untuk membuat tuntutan PTV RM50 ini

1.Secara atas talian

2.Kunjungi cawangan yang berdekatar

-Ejen-ejen dan Pengadar perlindungan yang sah


Untuk Tuntrutan Secara atas talian 

1.Langkah 1 Semak Kelayakan anda di -https://www.myptv.my/

-Masukkan No.Pengenalan anda Untuk mendapatkan No. Baucar yang tidak dapat dipindah milik.

2. Langkah ke 2 Sila Layari laman web rasmi MyCoverage -https://www.mycoverage.my/ Untuk memilih produk takaful atau insuran yang terbaik

-ingat sila baca ciri-ciri dan kreteria kelayakan produk perlindungan Tenang.

3. Langkah ke 3 tekan mana-mana produk dan tekan "Ketahui lebih lanjut" bagi menuntut produk yang anda pilih

-Anda akan dibawah ke laman web syarikat insuran atau pengendali takaful

-Syarikat insuran atau pengendali takaful akan memberikan cara tuntutan baucar lebih lanjut cara membeli produk dan menebus baucar daripada kerajaan.

-Tuntutan Sehinggah 31 Disember 2021

Cara membuat Tuntutan Perlindungan Tenang Voucher Rm50


Jikan anda memerlukan pertolongan dan maklumat lebih lanjut sila hubungi nombor yang tertera dibawah,

Pusat Panggilan PTV

03-77239333

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang


Sumber: Sinarharian /MyPTV / myCoverage

Post a Comment

0 Comments