Batu yang seakan-akan di selaputi warna keemasan dikatakan ditemui di Kampung Buluoh Bongkol, di Pitas.
KOTA KINABALU: Pitas yang sebelum ini pernah dilaporkan antara daerah termiskin di Sabah mencuri tumpuan pengguna media sosial apabila wujud cerita penemuan “emas” di salah sebuah kampung di daerah berkenaan.
Kejadian yang dikongsikan warganet di Facebook serta aplikasi WhatsApp itu dikatakan di kawasan pembinaan jalan berhampiran Kampung Boluoh Bongkol.
Kawasan yang dikatakan berlaku penemuan “emas” di Pitas.
“Emas” terbabit dikatakan ditemui pada sebuah bukit, berhampiran jalan yang sedang dalam pembinaan itu dengan beberapa gambar batu di selaputi warna keemasan turut dikongsikan secara meluas di media sosial.
Seorang lelaki yang mendakwa antara terawal menemui “emas” terbabit berkata, dia bersama rakan sekerjanya menemuinya ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan jalan di kawasan itu.
Ketika itu, katanya, mereka menyedari beberapa batu ditemui di kawasan itu kelihatan seakan-akan seperti serpihan emas.
“Sudah lebih sebulan kami bekerja di sini untuk pembinaan jalan Bongkol dan kejadian itu sebenarnya berlaku kelmarin di mana saya menemui beberapa ketul batu yang dilihat seperti serpihan emas, saya sebenarnya pun tidak tahu sama ada benda yang ditemui itu emas atau bukan.
Telegram channel - https://t.me/infomediabah
“Saya juga terkejut kerana penemuan kami tiba-tiba menjadi ‘viral’ di media sosial, saya tidak tahu siapa yang menyebarkannya,” katanya yang enggan namanya dikenali.
Sementara itu, pakar geologi Felix Tongkul ketika dihubungi berkata, berdasarkan gambar “emas” yang tular itu, beliau berpendapat batu terbabit kemungkinan adalah batu pirit dan kalkopirit.
Katanya, batu pirit terdiri daripada besi sulfida, manakala kalkopirit terdiri daripada sulfida dan tembaga yang masing-masing menyerupai emas.
“Jabatan Mineral dan Geosains perlu mengesahkan sama ada penemuan itu benar-benar emas atau bukan.
“Secara geologinya, Pitas bukanlah kawasan yang sepatutnya bagi pencarian emas, tapi siapa tahu? (ada emas),” katanya.
Kawasan yang dikatakan berlaku penemuan “emas” di Pitas.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu Zaironizal Ishak berkata, pihaknya ada mendengar berita mengenai penemuan itu tetapi setakat ini belum ada sebarang laporan diterima.
FMT sedang cuba mendapatkan komen daripada Jabatan Mineral dan Geosains berhubung perkara itu.
Segala info-info tentang Artikel ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram
Sumber: FMT / Sabahpost / Borneo Post Online
0 Comments