IKLAN KEKOSONGAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) NEGERI TERANGGANU TAHUN 2025


IKLAN KEKOSONGAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terangganu. Bagi yang berminat, sila membuat permohonan dan menghantar borang sebelum tarikh tutup permohonan pada 16 MAC 2025 .

Anda boleh memuat turun borang permohonan dari laman web rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau mengambilnya dari Cawangan Penguruan PBS & PBB yanag berdekatan atau (Rujuk Borang di bawah). Pastikan anda memenuhi syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan sebelum menghantar borang permohonan.

Sila sebarkan maklumat ini kepada yang berminat. Terima kasih."

IKLAN KEKOSONGAN


Untuk memohon menyertai pasukan bomba bantuan, calon perlu menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat atau laman web www.bomba.gov.my , Semua permohonan hendaklah disertakan dengan gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, sijil-sijil Persekolahan, kelulusan dan dokumen-dokumen/sijil-sijil lain yang berkaitan yang telah disahkan.

Calon yang berminat menyertai pasukan bomba bantuan perlu memohon melalui borang PBB 4 dan calon yang bekerja perlu mendapatkan kelulusan daripada majikan melalui Notis Kebenaran daripada Majikan. Borang dan maklumat lanjut boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat atau laman web www.bomba.gov.my

Post a Comment

0 Comments