Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merupakan sebuah organisasi kerajaan tempatan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan penyelenggaraan bandaraya Kota Kinabalu. Sebagai agensi yang komited dalam memastikan kelestarian dan kemajuan bandaraya, DBKK kini membuka peluang pekerjaan kepada individu yang berkelayakan untuk menyertai pasukan mereka. Berikut adalah maklumat terkini mengenai jawatan kosong di DBKK bagi tahun 2023:
Senarai jawatan di peringkat STPM, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda:
Sila klik setiap jawatan di bawah untuk melihat info penuh maklumat jawatan . pdf
Borang Permohonan Preview/Download
Syarat kelayakan umum:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan kekosongan
- Untuk syarat kelayakan, gaji, dan tugas yang terperinci, sila rujuk link berikut: [IKLAN JAWATAN KOSONG - Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (sabah.gov.my)]
Cara membuat permohonan:
a. Borang permohonan boleh diperolehi di tempat-tempat berikut:
- Bahagian Kaunter Pembayaran, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat DBKK
- Bahagian Kaunter Pembayaran, Pejabat DBKK, Tingkat 7, Bangunan Centre Point Sabah
b. Permohonan dari pegawai-pegawai kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Laporan Penilaian Prestasi pada tahun semasa.
c. Borang permohonan yang telah dilengkapi beserta dengan salinan sah Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Kelulusan Kelayakan Akademik, dan Gambar Berukuran Pasport hendaklah dikemukakan kepada:
PENGARAH
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
NO. 1, JALAN BANDARAN
88675 KOTA KINABALU, SABAH
Atau serahan tangan ke:
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
TINGKAT 7, BANGUNAN CENTRE POINT SABAH
Borang Permohonan yang telah lengkap mestilah dikemukakan tidak lewat dari tarikh 18 Jun 2024 (Selasa).
Tarikh Tutup Permohonan:
- 18 Jun 2024 (Selasa)
Catatan Am/Lain:
a. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan terpilih selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b. Bagi kakitangan kerajaan, semua permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan yang tidak melalui Ketua Jabatan akan ditolak. Namun, jika Ketua Jabatan pemohon tidak berada di pejabat semasa tempoh iklan, surat permohonan hendaklah melalui pegawai kanan seterusnya di jabatan berkenaan.
c. Perbelanjaan untuk menghadiri temuduga bagi jawatan ini (sekiranya terpilih) adalah atas tanggungan pemohon.
d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
e. Pemohon-pemohon tidak boleh meminta sokongan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan berhubung permohonan jawatan ini. Sokongan bertulis atau lisan daripada pihak yang tidak berkaitan akan menyebabkan permohonan mereka tidak diberikan pertimbangan. Surat sokongan hanya boleh diberikan oleh Ketua Jabatan/Bahagian tempat pemohon-pemohon tersebut ditempatkan.
f. Keputusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berhubung pengisian jawatan ini adalah muktamad.
g. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Pembangunan Sumber Manusia di talian 088-244000 ext. 620/628.
Semoga maklumat di atas dapat memberikan panduan kepada individu yang berminat untuk menyertai pasukan DBKK. Segera sertai kami dan sumbangkan bakat dan kemahiran anda untuk pembangunan bandaraya Kota Kinabalu yang lebih baik!
0 Comments