IKLAN KEKOSONGAN LEMBAGA PEMEGANG AMANAH TAMAN-TAMAN SABAH 2024


Permohonan adalah dipelawa dari WARGANEGARA MALAYSIA yang bermastautin di Negeri Sabah yang mana salah seorang ibu atau bapanya hendaklah berasal dari Sabah dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-


IKLAN KEKOSONGAN (PDF) 


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

1. Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem EKerja-TTS yang boleh diakses melalui laman web rasmi Taman-Taman Sabah iaitu http://www.sabahparks.org.my

 2. Permohonan melalui sistem hendaklah dilengkapkan dengan gambar berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan dan sijil-sijil persekolahan beserta transkrip akademik. 

 3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 04 JUN 2024 (SELASA). 


SYARAT TAMBAHAN 

1. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima pada tarikh tutup iklan akan ditolak. 

2. Pemohon tidak perlu meminta sokongan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan berhubung permohonan jawatan ini. Surat sokongan hanya perlu diberikan oleh Ketua Jabatan/Majikan di mana pemohon sedang bertugas. 

3. Hanya calon yang telah disenarai pendek dan layak sahaja akan dimaklumkan untuk menghadiri Ujian Kecergasan Fizikal dan temuduga. 

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya. 


Sumber: Taman-taman Sabah / infokerjasabah.com

Post a Comment

0 Comments