Iklan Kekosongan Jawatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah


Berikut merupakan Iklan kekosongan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah.

IKLAN KEKOSONGAN/BORANG PENTING

IKLAN JAWATAN KOSONG AKADEMIK


Borang Permohonan Jawatan (PDF)

Borang Permohonan Jawatan (DOC)

Cara Memohon:

1. Muat turun Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA dari laman sesawang UiTM di Atas Atau http://sabah.uitm.edu.my

2. Sertakan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersama permohonan:
    - Kad Pengenalan.
    - Sijil Kelahiran.
    - Sijil SPM/MCE, HSC/STPM, atau setaraf.
    - Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
    - Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

3. Bagi permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun, sila buat permohonan melalui Ketua Jabatan dan sertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

4. Untuk jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
    - Pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tingi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara).
    - Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).

5. Sila nyatakan nama fakulti (jawatan akademik) yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

6. Pastikan borang permohonan lengkap sebelum menghantar. Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

7. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan: 19 Oktober 2023 (Khamis)

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu, Sabah
No. Tel: (088) 513879

Sumber: UITM SABAH / infokerjasabah.com

Post a Comment

0 Comments