Cara-cara untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Bentong adalah seperti berikut:
i. Muat turun Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Bentong daripada laman Sesawang Majlis Perbandaran Bentong di www.mpbentong.gov.my
ii. Pastikan setiap permohonan disertakan dengan salinan (fotostat) sijil kelahiran, sijil persekolahan, kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan gambar pasport berukuran 5 x 4 sm. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap kerana borang yang tidak lengkap akan ditolak.
iii. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat harus mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 17.
iv. Hantar permohonan ke alamat berikut sebelum atau pada 19 September 2023:
MAJLIS PERBANDARAN BENTONG
JALAN KETARI
28700 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR.
Catatan Tambahan:
i. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
ii. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
*TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH SEBELUMATAUPADA 19 SEPTEMBER 2023.
Semoga Berjaya!!
Sumber: Majlis Perbandaran Bentong / infokerjasabah.com
0 Comments