Berikut merupakan Iklan kekosongan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sabah.
IKLAN KEKOSONGAN PDF
Permohonan jawatan hendaklah dibuat mengikut kaedah dan prosedur berikut:
1. Isi borang permohonan secara manual online dengan menghantar Resume dan salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan ke alamat berikut:
Alamat Surat Menyurat:
PENGARAH,
INSTITUT KEMAHIRAN MARA KOTA KINABALU,
NO. 3 (LOT 5), MALAWA ZONE, JALAN 2 KKIP SELATAN 2,
KOTA KINABALU INDUSTRIAL PARK, 88460 KOTA KINABALU, SABAH.
Alamat Emel:
ikmkk@mara.gov.my
Nombor Telefon Pejabat:
088-490 697 / 088-498 197
2. Pastikan anda membawa bersama salinan kad pengenalan, surat beranak, dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan oleh pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta resume peribadi semasa menghadiri temu duga.
3. Pastikan juga salinan kad pengenalan dan surat beranak anda telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
4. Hanya permohonan yang dihantar melalui alamat surat menyurat atau online melalui alamat emel yang dinyatakan sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak.
5. Semua permohonan yang diterima akan disaring berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
6. Anda boleh melakukan semakan pengiktirafan kelayakan ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana, ijazah sarjana muda, atau diploma melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi di www2.mqa.gov.my/esisraf
7. Hanya pemohon yang berjaya melalui saringan permohonan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
8. Pemohon yang berjaya dalam temuduga sahaja akan dihubungi. Jika anda tidak menerima sebarang panggilan dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh temuduga, sila anggap permohonan anda sebagai tidak berjaya.
9. Tarikh tutup permohonan bagi iklan jawatan ini adalah pada 06 Oktober 2023. Pastikan permohonan anda diterima sebelum tarikh tersebut.
Semoga Berjaya!!
Sumber: MARA / infokerjasabah.com
0 Comments