Berikut merupakan Iklan Jawatan Kosong LEMBAGA KEBUDAYAAN NEGERI SABAH (LKNS) PSH Tahun 2023 bagi Negeri Sabah sila rujuk PDF/Link di bawah dan borang permohonan telah di gabungkan sekali dengan setiap iklan kekosongan Terima Kasih.
1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
2. PENGAWAL KESELAMATAN
3. ARTIS BUDAYA (PENARI)
4. TEKNIKAL SISTEM BUNYI
5. PEGAWAI KEBUDAYAAN
6. PEMBANTU AWAM
7. AHLI MUZIK
8. JURUTEKNIK KOMPUTER
Cara Memohon Jawatan di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah:
1. Dapatkan Borang Permohonan dari salah satu daripada dua tempat berikut:
- Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tingkat 4, Wisma Budaya, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88800 Kota Kinabalu, Sabah.
- Muat turun borang tersebut dari laman sesawang rasmi di Iklan Jawatan Kosong / culture.sabah.gov.my
2. Hantar permohonan dengan mengemukakan resume yang lengkap berserta satu salinan sijil akademik, kad pengenalan, dan satu keping gambar berukuran pasport.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 September 2023 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan.
4. Alamat penghantaran permohonan yang lengkap adalah seperti berikut:
Pengurus Besar
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tingkat 4, Wisma Budaya
Jalan Tunku Abdul Rahman, 88800 Kota Kinabalu, Sabah.
Email: sumbermanusialkns@gmail.com
Tel: 088-268863/268879
Fax: 088-268746
5. Hanya permohonan yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil untuk sesi temuduga.
6. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan akan dianggap tidak berjaya.
7. Pihak LKNS tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temuduga tersebut.
8. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.
Sumber: LEMBAGA KEBUDAYAAN NEGERI SABAH (LKNS) / infokerjasabah.com
0 Comments