IKLAN KEKOSONGAN PERBADANAN LABUAN (PL) TAHUN 2023


Sebuah tawaran pekerjaan menarik telah diberikan oleh Perbadanan Labuan. Jika anda berminat, ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk mengemukakan permohonan.

1.Short-Term Employment Program (MySTEP) Tahun 2023 Gred 19

2.Short-Term Employment Program (MySTEP) Tahun 2023 – Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Gred 29

3.Short-Term Employment Program (MySTEP) Tahun 2023 Gred 29


Langkah Permohonan

1. Anda boleh memperoleh borang permohonan di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat Bawah Blok A, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Atau, alternatifnya, Rujuk Link di atas.

2. Pastikan borang permohonan diisi secara lengkap dan tepat. Sertakan dokumen-dokumen berikut:
- Sekeping gambar terkini (ukuran passport).
- Salinan kad pengenalan.
- Sijil kelahiran pemohon dan ibubapa.
- Sijil pendidikan (PT3/PMR/SPM).
- Sijil berhenti sekolah.
- Sijil aktiviti luar dan dokumen yang relevan.

Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 atau lebih tinggi, atau pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan bagi sijil-sijil berkaitan.

3. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:
- Bebas dari rekod jenayah.
- Tidak terlibat dengan dadah berbahaya.
- Tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi kerja.

4. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Permohonan lewat atau tidak lengkap akan ditolak.

5. Pihak Perbadanan Labuan tidak akan menanggung perbelanjaan berkaitan dengan temuduga atau penghantaran borang permohonan.

Syarat-Syarat Permohonan
Permohonan perlu sampai kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Wisma Perbadanan Labuan, Tingkat Bawah Blok A, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan.

Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lebih lanjut, hubungi talian perhubungan 087-581817, 581815, 581816. Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 25 Ogos 2023. Jika anda memenuhi syarat-syarat, jangan lepaskan peluang untuk melamar jawatan kosong ini di Perbadanan Labuan.

Sumber: infokerjasabah.com / Perbadanan Labuan

Post a Comment

0 Comments