Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 Januari Tahun 2023 - LHDN

 

Ini adalah maklumat penting bagi penerima Bantuan Tunai Rakyat (BTR) dalam kategori isi rumah keluarga yang perlu diketahui.


Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim Disember lalu, Kerajaan Perpaduan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksanakan kerajaan terdahulu dengan pembayaran fasa 1 akan dipercepatkan.


Isi rumah antara kategori yang akan menerima bayaran BTR Fasa 1 selain bujang, warga emas tanpa pasangan dan ibu/bapa tunggal.


Untuk bantuan BTR isi rumah ini, persoalan yang sering ditanya ialah berapakah jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, cara membuat Semakan dan sebagainya.


Oleh itu, sila baca maklumat berikut dengan teliti untuk memahami dan jelas tentang pembayaran Bantuan Tunai Rakyat ini.


Apakah BTR 2023?

BRT 2023 merupakan bantuan komprehensif yang meningkat dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memberi manfaat kepada lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.

Golongan isi rumah merupakan salah satu kategori penerima bantuan ini selain daripada bujang, warga emas tanpa pasangan dan ibu/bapa tunggal.

Secara amnya, pembayaran BTR akan dibuat 4 kali setahun.


Tarikh Pembayaran BTR Isi Rumah Fasa 1


Sumber Gambar -https://bkm.hasil.gov.my/


Fasa 1 pembayaran BTR akan mula disalurkan pada Januari ini berbanding Mac tidak seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebelum ini. 


Menurut Perdana Menteri

“Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan (dengan) pembayaran fasa satu yang diagihkan awal iaitu Januari 2023, bukannya Mac seperti yang diumumkan sebelum ini.

Walaupun begitu, tarikh pembayaran sebenar akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan Malaysia.

Untuk makluman, tarikh geran lain yang akan dibayar pada bulan ini adalah seperti berikut;

12/1/2023- Bantuan Awal Persekolahan Kanak-Kanak akan dikreditkan ke akaun sekolah berjumlah RM150. - Baca artikel penuh BAP2023

17/1/2023 Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk kakitangan kerajaan dan pesara masing-masing akan dibayar RM700 dan RM350.

Bagaimanapun, bagi Bantuan Tunai Rakyat (BTR), belum ada pengumuman berhubung tarikh tersebut, cuma dimaklumkan ia akan diagihkan pada Januari.


Semakan Kelayakan BTR

Buat masa ini, semakan kelayakan BTR boleh menggunakan pautan Portal MyBKM sebelum ini;

https://bkm.hasil.gov.my/

-Tekan log masuk MyBKM

-Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)

-Klik Butang Semak

Pengesahan Kata Laluan Keselamatan yang didaftarkan

Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan


Klik Log Masuk

Pemohon yang telah membuat semakan akan ditunjukkan maklumat berikut;

Nombor Pengenalan Akaun dikreditkan

-Nama penerima

-Fasa Pembayaran

-Jumlah dikreditkan

-Status Kredit

-nama bank

-nombor akaun bank

Ini kerana Bantuan Tunai Rakyat akan disalurkan menggunakan data bantuan terdahulu.

Sebaik sahaja pengumuman rasmi dimaklumkan, kerajaan boleh menggunakan pautan baharu untuk semakan kelayakan di portal MyBTR.


Jumlah bayaran

-Setiap isi rumah akan menerima RM300 untuk fasa 1.

-Manakala kategori BTR Bujang pula akan menerima bayaran RM100 dalam fasa ini


Kaedah pembayaran

Berdasarkan pengalaman bantuan lepas, bayaran akan dibuat secara berperingkat mengikut jenis penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), kaedah pembayaran adalah melalui tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).


Soalan lazim

Bilakah tarikh pembayaran bagi kategori isi rumah BTR fasa 1?

-Januari 2023, tarikh sebenar akan diumumkan dari semasa ke semasa.


Berapakah bayaran bagi kategori isi rumah fasa 1?

-RM300


Bagaimana untuk menyemak kelayakan?

-https://bkm.hasil.gov.my/


Bagaimana untuk Membayar?

-Terdapat Akaun – dibayar ke akaun masing-masing.

-Tiada Akaun – tunai di BSN


Sumber: portalmalaysia / BKM

Post a Comment

0 Comments