Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 4,446 Kekosongan Seluruh Malaysia - Gaji RM2,740 - RM9,659

 


4,446 Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dibuka Permohonan Mac 2022 Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong sebagaimana berikut:

1. Pegawai Perubatan Gred UD43 - Kekosongan: 3,586

2. Pegawai Pergigian Gred UG41 - Kekosongan: 460

3. Pegawai Farmasi Gred UF41 - Kekosongan: 400


SYARAT LANTIKAN
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) memiliki ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah
berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Pegawai Perubatan Gred UD43 
(a) Calon telah dilantik kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua
Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016;
(b) Calon telah menamatkan latihan siswazah di dalam atau di luar negara;
(c) Calon merupakan lantikan kontrak mulai tahun 2016 hingga 2018 sahaja;
(d) Calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dan tidak
pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh kontrak; dan
(e) Calon tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap.

2. Pegawai Pergigian Gred UG41 
(a) Calon telah dilantik kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua
Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016;
(b) Calon telah menamatkan khidmat wajib di KKM;
(c) Calon merupakan lantikan kontrak mulai tahun 2017 hingga 2019 sahaja;
(d) Calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dan tidak
pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh kontrak; dan
(e) Calon tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap.

3. Pegawai Farmasi Gred UF41
(a) Calon telah dilantik kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua
Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016;
(b) Calon telah menamatkan latihan siswazah di KKM;
(c) Calon merupakan lantikan kontrak mulai tahun 2016 hingga 2019 sahaja;
(d) Calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dan tidak
pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh kontrak; dan
(e) Calon tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap.

MOHON SECARA ONLINE

Permohonan secara online dibuka kepada seluruh rakyat Malaysa terutamanya yang memenuhi Syarat. Pemohon haruslah memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di dalam iklan tersebut. Bagi yang belum Mendaftar, Pemohon hendaklah mendaftar di potral Rasmi bagi tujuan Permohonan. Sediakan Resume / Cv, Maklumat peribadi, Gambar Serta dokumen-dokumen yang lain yang diperlukan Sahaja.

Selepas selesai mengisi Maklumat yang penting Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang disediakan diPotralRasmi. Calon yang terpilih dan layak syarat sahaja akan disenarai pendek untuk sesi Exam/Temuduga.


Join Telegram : info,pekerjaan,bantuan dan banyak lagi..

Lokasi:  Seluruh Malaysia

Tarikh Tutup: 15 Mac 2022 (Selasa)

-Mohon Sekarang

-Iklan Kekosongan


Sumber: Spa9

Post a Comment

0 Comments