Semak Pembayaran i-Citra Bulan Disember Secara Berperingkat Mulai Hari Ini -KWSP



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa bayaran i-Citra bagi bulan Disember sedang diproses secara berperingkat bermula 1 Disember 2021.


Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu respon balas daripada komen di posting Facebook KWSP.


Menurut KWSP, bayaran bulan Disember sedang diproses secara berperingkat bermula hari ini (1/12/2021) dan tarikh bayaran anda mungkin berbeza daripada bulan sebelum ini.


KWSP juga sedang lakukan yang terbaik untuk memastikan semua ahli yang membuat pengeluaran i-Citra menerima bayaran pengeluaran masing-masing sebelum berakhirnya bulan ini.


Tambah KWSP lagi, tempoh pengkreditan bayaran biasanya adalah dalam 1-3 hari bekerja dari tarikh pindahan bayaran di i-Akaun tertakluk kepada ‘interbank clearance process’ bank anda.


Anda boleh membuat semakan tarikh bayaran i-Citra melalui laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/


Foto FB KWSP

Sekiranya anda belum mendaftar i-Akaun, boleh 'walk-in ke kios KWSP berdekatan. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
 Untuk dapatkan lokasi kios dan ikuti langkah mudah untuk pengaktifan di pautan: https://tinyurl.com/uutprmku

Sumber: Siakapkeli / KWSP

Post a Comment

0 Comments